fbpx
Penduduk di Permas dan Kukup terganggu urusan harian apabila mendakwa sering menerima gangguan bekalan air setiap hari tanpa notis.

‘Apa masalah selalu tiada air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kira-kira 3,000 pemilik akaun di kawasan Permas dan Kukup kesal dengan kekerapan gangguan bekalan air di kawasan tersebut tanpa sebarang pemakluman dari pihak berkenaan.

Mereka mendakwa gangguan tersebut berlaku pada waktu tengah hari serta maghrib dan menyukarkan orang ramai untuk memasak, mandi, mengambil wuduk dan urusan harian.

Seorang penduduk, Khalid Hairuddin, 64, berkata, kekerapan gangguan bekalan air telah me­nimbulkam kemarahan penduduk yang memerlukan penggunaan banyak ketika itu waktu puncak.

Katanya, kekerapan gangguan air yang berlaku selama satu hingga dua jam memerlukan penjelasan dari pembekal utiliti kerana mereka membayar bil bulanan tetapi perkhidmatan mengecewakan.

“Bagi penduduk yang mempunyai tangki simpanan air, mungkin tidak menghadapi masalah tetapi bagaimana bagi mereka yang tiada mempunyai tangki,” katanya yang tinggal di Jalan Jalan Kukup Laut, Permas, disini.

Sebelum itu tular di media sosial mengenai kemarahan orang awam mengenai kekerapan berlakunya gangguan air di Permas Besar, Kukup, dekat sini.

Seorang lagi penduduk, Rosli Ahmad, 63, berkata, gangguan air juga berlaku pada waktu ­tengah hari ketika masyarakat Islam hendak mengambil wuduk untuk menunaikan sembahyang zuhur.

Katanya, gangguan air itu yang berlaku pada setiap minggu menyebabkan penduduk merasa marah dan kecewa kerana ba­nyak kerja-kerja yang memerlukan penggunaan air terganggu itu.

“Kalau kerap berlaku gangguan, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan bekalan air di kawasan kami, mohon pihak berkenaan melakukan siasatan segera,” katanya yang tinggal di Kampung Permas Besar, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN