SEJAK tampil berhijab sekitar Julai lalu, pelakon Nora Danish kerap berkongsi kisah penghijrahan dan ilmu agama di media sosialnya.
Pelbagai perkongsian tentang doa dan amalan yang boleh menggandakan pahala untuk bekalan akhirat kelak.
Usaha Nora mendapat sokongan peminat yang rata-rata memuji dirinya kerana menjadikan platform media sosial untuk berkongsi kandungan bermanfaat.
Melihat kepada itu, ada peminat yang tidak sabar untuk melihat kemampuan Nora mengendalikan program berbentuk keagamaan dalam televisyen.
Peminat mengharapkan agar Nora muncul sebagai pengacara rancangan berbentuk dakwah, terutama pada Ramadan nanti. Khalayak turut mendoakan Nora kekal istiqomah mencari ilmu agama dan terus memelihara aurat dengan baik.
Diva: Tak sabar nak tengok Zul Ariffin jadi bomoh dalam Don Dukun.