fbpx
Gigi Hadid antara yang mempopularkan trend tersebut dengan memakai tas tangan dengan aneka rantai kunci semasa hadiri tayangan filem Deadpool & Wolverine baru-baru ini.

Aksesori sarat pada tas tangan kembali jadi trend

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TREND menghias beg kosong dengan aneka aksesori pelbagai saiz dan bentuk pernah popular suatu ketika dahulu.

Namun, sama seperti kebanyakan trend fesyen yang lain, trend tersebut kini kembali popular, sekali gus mengembalikan nostalgia gaya fesyen Y2K.

Trend fesyen Y2K merujuk kepada fesyen antara tahun 1990-an sehingga awal 2000 yang mana pakaian berwarna terang, jean berpotongan low-rise dan beg tangan dengan aksesori yang sarat mendominasi dunia fesyen, khususnya dalam kalangan anak muda.

Kini, selebriti seperti Gigi Hadid dan juga Lily Allen antara individu yang dilihat menambah elemen fun pada tas tangan yang digayakan dengan meletakkan pelbagai jenis aksesori sebagai menambah karakter pada tas tangan polos.

Hadid ketika menghadiri tayangan filem Deadpool & Wolverine Julai lalu dilihat menggayakan tas tangan Miu Miu berwarna kuning yang diletakkan pelbagai aksesori berwarna seperti merah, hitam dan putih.

Allen pula turut sama terjebak dengan trend tersebut apabila menggayakan tas tangan Hermes Birkin berwarna coklat miliknya dengan pelbagai aksesori sebagai menambah sentuhan peribadi pada beg itu.

Biarpun mungkin kelihatan agak berlebihan, namun elemen tersebut yang menjadikan gaya itu unik dan kembali menjadi ikutan.

LILY ALLEN antara yang menambah elemen fun pada beg tangan.

Menurut editor laman web fesyen dan kecantikan Metro.Style dari Filipina, Kate Paras Santiago, tindakan menambah aneka aksesori pada beg tangan harian merupakan satu cara untuk mengembalikan kecantikan pada sebuah tas tangan lama.

“Saya amat menyukai trend ini kerana ia mengembalikan ‘nyawa’ kepada tas tangan lama yang mungkin sudah dilupakan.

“Cara saya menghias beg tangan saya adalah dengan meletakkan aksesori bertali yang juga digunakan untuk menggantung kunci rumah saya.

“Kemudian, saya meletakkan aksesori berupa rantai kunci dengan bingkai gambar saya bersama suami.

“Bagi sentuhan akhir, saya letakkan rantai leher yang saya hasilkan sendiri supaya hasilnya nampak menarik,” katanya.

Gaya quirky serta aksesori yang tidak sepadan antara satu sama lain menambah elemen menarik pada gaya tersebut. Malah, peminat gaya itu juga tidak perlu terikat dengan peraturan tertentu dan bebas mengekspresikan kreativiti sendiri menerusi padanan aksesori yang dipilih.

Pencipta kandungan dari Chicago, Amerika Syarikat, Christy Lee berkata, oleh kerana sering melihat trend meletakkan aksesori pada beg, dia kemudiannya menghasilkan sendiri kebanyakan aksesori yang diletakkan pada salah satu beg miliknya.

“Saya menggabungkan beberapa jenis aksesori seperti rantai leher sedia ada bersama koleksi bag charm yang dibeli secara online bagi menghasilkan hiasan untuk beg yang unik.

“Selain cantik, saya amat menyukai trend ini kerana ia juga bersifat sementara dan saya boleh menanggalkannya pada bila-bila masa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN