fbpx
PEMBERIAN sagu hati, insentif, bonus dan kenaikan gaji adalah antara faktor utama yang diambil kira pekerja untuk terus setia berkhidmat di sesebuah syarikat. - GAMBAR HIASAN

Ada bonus tak tahun ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SOALAN keramat yang mula berlegar dalam kalangan pekerja bukan sahaja yang berkhidmat dalam kumpulan konglomerat dan korporat tetapi juga syarikat bersaiz sederhana termasuk syarikat pemula sehinggalah kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Memasuki bulan Oktober sehingga akhir tahun ini, ramai yang sudah mula membuat perkiraan untuk menyusun cuti tahunan, menempah pakej percutian di hotel atau inap desa lebih awal, malah ada yang sedang berkira-kira untuk merancang hari pertunangan serta juga melangsungkan majlis perkahwinan.

Semua ini memerlukan dana yang besar dan sebahagiannya boleh dibiayai daripada pemberian bonus oleh majikan.

Ketika itu, timbul ramai penganalisis kewangan dalaman yang mencongak untung rugi syarikat daripada pandangan mata kasar mereka melalui pengiraan nilai projek atau kontrak yang diperoleh syarikat bagi membolehkan majikan memperuntukkan sebahagian hasil yang dijana untuk dijadikan sagu hati kepada kakitangan yang dianggap sebagai aset berharga buat syarikat.

Semua mahu merasa sagu hati tersebut tidak kiralah berapa nilai yang dipindah masuk dalam akaun bank pekerja dan ini menjadi satu kelegaan besar buat mereka kerana rata-ratanya pekerja kini dibebani dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Jangan bandingkan bonus yang diperoleh kakitangan Petronas, Shell, Sime Darby atau Sunway Group, itu sudah rezeki mereka.

Pemberian sagu hati, insentif, bonus dan kenaikan gaji adalah antara faktor utama yang diambil kira pekerja untuk terus setia berkhidmat di sesebuah syarikat. Jika usaha gigih mereka tidak dihargai dan diabaikan boleh menyebabkan tercetusnya pelbagai masalah termasuk kemelut kewangan sekali gus memberi kesan kepada penyusutan produktiviti, kesihatan, murung dan burnout.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan bersempena Hari Kesihatan Mental, kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa 15 peratus daripada pekerja dewasa sedang mengalami masalah gangguan mental dalam satu-satu masa.

Ditambah pula dengan kajian sebuah syarikat dalam bidang kajian kesihatan dan keselamatan, International SOS melaporkan bahawa, lima penyakit mental popular yang menyelubungi pekerja dewasa masa kini adalah anxiety, kemurungan, gangguan panik, gangguan hiperaktif kurang perhatian (ADHD) dan juga tekanan akut.

Burnout juga adalah salah satu masalah serius yang dihadapi pekerja yang mana menurut kajian syarikat tersebut, satu daripada empat pekerja di seluruh dunia berdepan dengan isu berkenaan.

Satu kehilangan besar bagi syarikat dan majikan sekiranya para pekerja mula menunjukkan simptom berkenaan dan rawatan awal perlu dilaksanakan.

Ketika itu, bukan sahaja duit habis dilaburkan untuk rawatan tetapi juga melibatkan masa, tenaga dan sekali gus menjejaskan produktiviti bekerja kerana menurut WHO, kira-kira 12 bilion waktu kerja dirugikan setiap tahun kerana penyakit tersebut sehingga kerugian produktiviti boleh mencecah sehingga AS$1 trilion (RM4.28 trilion) setahun.

Seperti mana yang diketahui umum, mencegah penyakit adalah lebih baik daripada merawatnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN