fbpx

Puja pendakwah, JHEAIK mulakan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang pendakwah bersama sekumpulan pelajar yang didakwa mengalunkan pujaan terhadapnya secara keterlaluan.

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menjalankan siasatan terperinci berhubung video pendakwah bersama sekumpulan pelajar yang didakwa mengalunkan pujaan secara keterlaluan.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, perkara itu berada dalam tindakan jabatan tersebut setelah video berkenaan tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“JHEAIK maklum tentang video berkenaan yang tular di media sosial dan memulakan siasatan secara terperinci.

“Siasatan ini akan turut melibatkan pihak berkuasa lain juga memandangkan ia mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya juga akan merujuk perkara itu dengan Jabatan Mufti Negeri Kedah yang tentunya akan mengeluarkan fatwa berhubung perkara tersebut, seterusnya tindakan lanjut akan dijalankan sebaik mungkin.

Beliau mengulas tentang penularan satu video memaparkan sekumpulan pelajar berqasidah memuja seorang pendakwah terkenal negeri ini dalam satu majlis baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI