fbpx
MAHERAN berdiri di ruang tamu rumahnya yang kosong tanpa sebarang perabot dan barangan elektrik selepas kediamannya di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat sering dilanda banjir.

’10 tahun kami tidak beli perabot, TV’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Rata-rata penduduk di sekitar Kampung Seberang Batu Badak di sini terpaksa hidup tanpa kemudahan perabot termasuk kelengkapan elektrik seperti televisyen berikutan trauma dengan musibah banjir yang melanda kawasan mereka setiap tahun.

Seorang penduduk, Maheran Adon, 72, berkata, selepas kejadian banjir besar pada awal tahun 2024 lalu, mereka sekeluarga memilih untuk tidak membeli perabot rumah kerana bimbang dengan risiko kerosakan setiap kali rumahnya dinaiki air.

“Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk hidup sederhana tanpa kelengkapan perabot dan elektrik sejak hampir 10 tahun lalu.

“Kami hanya membeli perabot asas seperti almari serta perkakas elektrik antaranya peti sejuk.

“Setiap tahun rumah dan kampung kami ini pasti dinaiki air. Rumah saya juga sudah lama tiada sofa dan kami juga tidak mempu­nyai televisyen,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Batu Badak di sini semalam.

Tambah Maheran, dia dan keluarganya lebih selesa duduk dan berehat di atas tikar plastik atau tikar mengkuang di ruang tamu tanpa sofa mahupun kerusi.

“Jika banjir, seluruh kampung akan ditenggelami air dan keba­nyakkan rumah di sini hanya akan nampak bumbung.

“Kami juga tidak mahu menyusahkan atau mengharapkan bantuan penduduk lain untuk mengangkat atau memindahkan perabot jika berlaku banjir,” katanya.

Sementara itu, anak perem­puan Maheran, Habibah Yahya, 28, berkata, kejadian banjir turut melanda kampung mentuanya di Kampung Tengah di sini setiap tahun.

“Setiap kali banjir, saya serta suami sangat sibuk dan letih apabila kami perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Dalam masa yang sama, anak-anak juga masih perlu ke sekolah jika keadaan mengizinkan dan persiapan sekolah awal tahun lalu juga hanya ala kadar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN