fbpx

EPL: Arsenal ‘tembak’ Spurs untuk kuasai Derbi London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Arsenal, Gabriel Magalhaes (tiga dari kiri) muncul wira pasukan untuk meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspurs. - AFP

 

LONDON – Jaringan tunggal Gabriel Magalhaes sudah memadai buat Arsenal untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur, sebentar tadi.

Kejayaan kali ini pastinya menghadirkan kelegaan buat pengurus The Gunners, Mikel Arteta yang kehilangan dua tonggak tengah, Martin Odegaard dan Declan Rice.

Spurs yang dilihat lebih menguasai permainan wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menghasilkan penyudah lebih baik memandangkan mereka mampu menghasilkan 15 percubaan berbanding hanya tujuh buat Arsenal.

Bagaimanapun, Arsenal terpaksa menanti sehingga minit ke-64, Gabriel bijak menghidu peluang untuk menyambut hantaran Bukayo Saka.

Situasi itu pastinya mencetuskan kegusaran buat pengendali Spurs, Ange Postecoglou yang sering dipalit masalah sama musim ini.

Keputusan itu mengekalkan rekod tanpa kalah Arsenal setakat ini, berbeza buat Spurs yang kini kecewa buat kali kedua berturut-turut.

Kemenangan itu menyaksikan The Gunners daki ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris, kini hanya dipisahkan dua mata berbanding Manchester City yang masih kebal tanpa kalah – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI