fbpx
MOHD. ZAMRI (dua dari kiri) melihat salah satu artifak yang dipamerkan di INOS, UMT baru-baru ini.

UMT bangunkan galeri artifak bawah air AR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MALAYSIA mempunyai wilayah laut atau perairan tersendiri yang kaya dengan warisan maritim.

Dalam usaha memelihara warisan maritim negara, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah melancarkan galeri artifak bawah air realiti terimbuh (AR) pertama di Malaysia.

Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah ketamadunan dan perdagangan di Nusantara, khususnya berkaitan dengan penemuan kapal karam di perairan Pantai Timur.

Penemuan Kapal Karam Bidong pada tahun 2012 oleh nelayan tradisional, Zazeri Ajang menjadi titik tolak kepada penyelidikan arkeologi bawah air yang berterusan di UMT.

Ekskavasi pertama dijalankan pada tahun 2017 dan diikuti oleh kejayaan ekskavasi kedua dan ketiga pada tahun 2022 serta 2023.

Hasil daripada ekskavasi itu menemukan pelbagai artifak berharga yang kini berada di bawah jagaan Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan, UMT. Dalam usaha berkongsi penemuan itu dengan masyarakat, UMT telah

menghasilkan pameran interaktif yang menggabungkan teknologi pengimbasan tiga dimensi (3D) dan AR.

Pameran berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Digital Geoscience Global (DGeG) dan Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi

Pameran di Galeri Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), UMT itu bukan sahaja memaparkan sejarah masa lalu, malah memanfaatkan teknologi terkini.

PELBAGAI artifak berjaya ditemui di perairan sekitar Pantai Timur oleh pihak UMT.

Usaha itu bagi mengekalkan warisan tersebut untuk generasi akan datang tanpa merosakkan artifak asal.

Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd. Zamri Ibrahim berkata, galeri INOS yang menempatkan artifak-artifak bersejarah itu merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Ujarnya, ia menggunakan teknologi AR dan realiti maya (VR) dalam memperkasakan bidang geosains dan geowarisan.

“Kerjasama dengan MTDC melalui teknologi AR ini adalah sebahagian daripada pembangunan pangkalan data integrasi dan geospatial yang sedang dijalankan oleh UMT bersama Cradle Fund Sdn. Bhd.

“Teknologi ini akan menghubungkan data geologi di bawah satu pangkalan data berasaskan awan yang membolehkan visualisasi AR dan model 3D,” katanya.

Turut hadir menyempurnakan acara perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Ts. Mohammad Hazani Hassan.

Mohd. Zamri menambah, sokongan daripada MTDC dan DGeG melalui program TechnoTube telah menjadi pemangkin kejayaan projek itu.

“Melalui inisiatif ini, UMT kini berdiri sebagai perintis dalam mengintegrasikan teknologi AR dalam pemeliharaan warisan maritim negara.

“Ini secara tidak langsung membangunkan pangkalan data digital artifak pertama yang komprehensif di Malaysia,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DGeG, Sarah Rahman menyatakan rasa terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam usaha mewujudkan Galeri Artifak AR pertama di Terengganu.

“Penggunaan pemodelan AR dan 3D akan memastikan pemeliharaan artifak budaya dengan cara lebih komprehensif.

Ujarnya, pada masa sama, ia menyediakan rekod penting sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan pada artifak,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN