fbpx
Seramai 127 rakyat Palestin yang sakit tiba bagi mendapat rawatan di Pangkalan Udara Subang pada 16 Ogos lalu.

Hati hitam persoal bantuan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEDATANGAN seramai 127 rakyat Palestin di Pangkalan Udara Subang pada 16 Ogos lalu, sangat dialu-alukan dan diterima baik rakyat Malaysia.

Bahkan tindakan kerajaan membawa mereka ke negara ini untuk mendapatkan rawatan adalah suatu langkah yang baik dan harus diberikan pujian.

Menerusi tinjauan di media sosial ketika itu, rakyat Malaysia ternanti-nantikan kehadiran tetamu istimewa ini. Ada yang memeriksa pergerakan dua pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui ‘flightradar24’.

Bahkan ada pengguna media sosial sempat merakam momen pesawat A-400M TUDM yang melintas ruang udara, termasuk pergerakan ambulans membawa pesakit rakyat Palestin ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia bukan sahaja menyambut baik kehadiran mereka ke negara ini. Penghargaan turut diberikan kepada ‘hero’ dan ‘heroin’ yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran tersebut.

Di sebalik penerimaan baik oleh rakyat negara ini, ada segelintir daripada mereka yang bangkit bersuara mempersoalkan tindakan dibuat oleh kerajaan.

Pelbagai kutukan dan kritikan dilemparkan, membuatkan penulis sendiri berasa geli hati dan kelakar.

Seolah-olah kumpulan dianggap minoriti yang membantah tindakan kerajaan ini begitu hitam hati mereka.

Antara komen pendek akal itu, mempersoalkan rakyat Palestin yang datang ke sini mempunyai beg tangan. Seolah-olah menunjukkan mereka sebenarnya golongan kaya berada serta tidak perlu dibantu.

Ada juga mengkritik kesemua mereka sihat tidak ada cacat cela.

Paling teruk dan kejam, ada yang mengutuk mereka lari dari Palestin, sepatutnya tinggal di sana mempertahankan tanah air.

Selain itu, ada juga kononnya ‘mengharamkan’ atau ‘tidak reda’ duit cukai yang dibayar kepada kerajaan didakwa digunakan bagi membawa rakyat Palestin tersebut.

Sudah berpuluh-puluh tahun rakyat Palestin hidup dalam penindasan penjajah Israel.

Baik golongan miskin, kaya dan berada, hakikat kekejaman Zionis menyebabkan mereka hilang segala-galanya.

Tergamaknya segelintir rakyat Malaysia yang tidak ada hati perut, melemparkan tohmahan sedemikian. Ditambah lagi ada juga aktivis sosial yang menempelak tindakan kerajaan.

Individu kumpulan kecil ini mempersoalkan langkah kerajaan membantu rakyat Palestin.

Hakikatnya sejak dahulu, Malaysia sentiasa menyokong isu-isu Palestin, selain pelbagai bantuan disalurkan ke negara itu.

Bagaimana anda sebagai rakyat Malaysia, namun langsung tidak mencerminkan diri sebagai anak jati negara ini. Seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan pihak tersebut adalah biadap dan tidak berperikemanusiaan.

Bahkan tegas beliau, individu atau pihak berkenaan tidak layak menjadi rakyat negara ini yang faham mengenai jiwa dan hati nurani manusia.

Jadi disarankan kepada mereka ini muhasabah diri dan hentikan mengeluarkan kenyataan kurang bijak dan menyakitkan hati.

Rakyat Palestin juga seboleh-bolehnya tidak mahu meninggalkan tanah air tercinta mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN