fbpx

Kawal ‘ghairah’ buru pemain warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEIJL (kiri) beraksi bersama Go Ahead Eagles dalam saingan Eredivisie di Belanda menjadi pemain warisan terbaharu dikaitkan dengan Harimau Malaya. - AFP

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa tidak memberikan slot automatik kepada pemain warisan berpangkalan di luar negara untuk diserap dalam Harimau Malaya kerana mereka perlu buktikan keupayaan terlebih dahulu.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Dollah Salleh yang berharap badan induk bola sepak negara itu berhati-hati sebelum memanggil mana-mana pemain pada masa akan datang.

Kata Dollah, persepsi masyarakat yang memandang tinggi terhadap pemain yang beraksi di luar negara juga perlu diubah kerana tidak semua beraksi dengan pasukan yang berkualiti.

“Ini masalah dia (kalau kita panggil lebih ramai tonggak warisan). Pemain-pemain ini main di luar dan masyarakat pandang tinggi.

“Namun, kita tidak tahu mereka beraksi di liga divisyen berapa dan ada dalam kalangan mereka main pasukan kampung.

“Kalau nak panggil mereka kerana layak dan bagus (untuk membantu pasukan kebangsaan), kenapa tidak?

“Namun, kalau mereka tidak dapat memberi impak, buat apa (panggil)? Jangan sebabkan (status) beraksi di luar (negara sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan dua pemain warisan, Wan Kuzain Wan Kamal dan Mats Deijl semakin hampir diserapkan dalam skuad kebangsaan.

Menurut Hamidin, Deijl yang merupakan pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles sudah menghubungi Pau Marti untuk menyatakan hasrat menukar status warganegara dengan mewakili Harimau Malaya.

Sementara itu, Wan Kuzain yang lahir di Amerika Syarikat (AS) pula terpaksa disisihkan dalam skuad Pestabola Merdeka kali ini ekoran masih dibelenggu kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI