fbpx
Ramai pelanggan mengaku terpedaya dengan perkhidmatan yang diberikan oleh bomoh online. – GAMBAR HIASAN

‘Terbang’ RM35,000 angkara bomoh jarak jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Permintaan terhadap perkhidmatan bomoh atau dukun semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna apabila aktiviti itu dipromosikan secara meluas di media sosial.

Modus operandi yang ditawarkan juga cukup mudah iaitu pelanggan hanya perlu berhubung secara online dengan bomoh terbabit untuk menyampaikan hajat tanpa perlu berjumpa secara fizikal.

Selepas membuat permintaan, pelanggan hanya perlu me­lakukan pindahan wang atau pengeras selain mematuhi pelbagai pantang larang yang ditetapkan oleh bomoh terbabit.

Menerusi tinjauan Kosmo! di aplikasi TikTok, beberapa akaun mula menjalankan servis bomoh jarak jauh ini yang dipercayai dari Indonesia sehingga mampu me­raih jumlah tontonan tinggi dalam kalangan pengguna di ­Malaysia dan Singapura.

Lebih merisaukan, tinjauan turut mendapati majoriti pe­langgan bomoh TikTok ini merupakan rakyat Malaysia yang ber­agama Islam.

Seorang wanita dikenali sebaga Zulaikha, 35, berkata, dia sanggup menghabiskan wang simpanannya sebanyak RM35,000 untuk mendapatkan perkhidmatan bomoh online bagi mengubati penyakit ganjil yang dialami suaminya.

“Semuanya bermula selepas saya melihat satu promosi me­ngenai rawatan jarak jauh yang diiklankan di media sosial oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai bomoh.

“Semasa berhubung, bomoh terbabit memaklumkan pesakit atau ahli keluarga tidak perlu datang secara fizikal atau bersemuka, sebaliknya rawatan boleh dilakukan dari jarak jauh.

“Disebabkan terdesak dan tidak mempunyai pilihan lain, saya terus bersetuju dan telah membuat pindahan wang secara ansuran bagi kos rawatan,” kata­nya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zulaikha berkata, secara keseluruhannya dia telah membuat pindahan wang sebanyak RM35,000 untuk tempoh sebulan rawatan.

“Apa yang pelik, tiada pula sebarang perubahan pada suami. Saya tidak pasti apa yang berlaku kerana kami telahpun mengikuti segala arahan yang diberikan,” jelasnya.

Bagi Norsiah, 48, pula, dia turut terjebak menggunakan perkhidmatan bomoh online kononnya untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya de­ngan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM3,000.

Katanya, kebanyakan bomoh yang memberi perkhidmatan ini adalah berasal dari Indonesia berdasarkan bahasa yang mereka gunakan ketika ber­urusan.

“Saya tertarik dengan perkhid­matan mereka selepas melihat pelbagai testimoni yang dikongsi sama ada menerusi Telegram mahupun WhatsApp.

“Namun, selepas beberapa bulan menjalani rawatan, hubungan saya dengan suami masih tidak baik. Saya menjadi sangsi dan merasakan telah ditipu oleh bomoh tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, bomoh terbabit turut memberi alasan yang hubungan saya dan suami akan baik, tetapi memerlukan tempoh masa yang agak lama.

“Apa yang mengejutkan ialah pelanggan bomoh online ini semakin bertambah setiap hari. Malah, ada yang turut berkongsi kegembiraan apabila masalah mereka dapat di­selesaikan oleh bomoh terbabit.

“Antara yang mereka kongsi adalah ‘kejayaan’ mendapat jodoh selain dinaikkan pangkat selepas mendapat rawatan dari bomoh online ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Norsiah ­mengakui apa yang ditawarkan oleh bomoh online terbabit adalah palsu dan hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Mereka hanya pandai ber­janji, tetapi tiada perubahan yang berlaku. Sampai ketika ini, saya ada senarai nama bomoh yang menipu.

“Biasanya, bomoh ini akan gunakan gambar-gambar dari internet untuk mengaburi mata pelanggan,” ujarnya.

Seorang lagi wanita dikenali sebagai Nur Ain, 28, berkata, dia pernah mengeluarkan duit sebanyak RM500 untuk mendapatkan khidmat bomoh online semata-mata ingin disatukan semula dengan bekas tunangnya.

Katanya, apa yang mengejutkan apabila bomoh tersebut memaklumkan yang kami perlu membayar sejumlah wang yang besar kononnya untuk menguatkan lagi sihir.

“Bomoh terbabit tidak henti-henti minta duit. Bila dah dapat duit, dia suruh kami tunggu se­minggu. Selepas seminggu, bomoh dikenali sebagai ‘atok’ kata yang rawatan tidak menjadi.

“Kesudahannya, saya yang rugi sehingga mengambil keputusan untuk berhenti terus daripada mendapatkan rawatan bersama bomoh tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN