fbpx
Bot yang dinaiki Yusof (gambar kecil) dan Aina Husna bersama tujuh yang lain termasuk tekong sebelum ia karam akibat dirempuh tongkang di perairan Kuala Kemaman Ahad lalu.

‘Perairan Kemaman jadi pusara ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Keluarga Yusof Kassam, 66, yang merupakan salah seorang mangsa insiden bot karam dirempuh tongkang pada Ahad lalu yang masih hilang reda sekiranya jasad pesara polis itu bersemadi di perairan Kuala Kemaman dekat sini.

Siti Amiera Yusof, 32, berkata, dia dan keluarganya menerima dengan terbuka keputusan pihak berkuasa menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ekoran ketiadaan petunjuk positif pada hari keempat kel­marin.

“Kami sekeluarga percaya pihak berkuasa telah bertungkus lumus berusaha mencari abah (Yusof) dan seorang lagi mangsa (Aina Husna Muhammad Husaini, 25) yang masih hilang.

“Kalau ada rezeki untuk kami kembali bertemu (jasad) abah, insya-Allah. Jika sebaliknya, kami terima ini yang terbaik,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Siti Amiera berkata, takdir tersebut turut diterima ibunya, Rosidah Ngah, 64, namun dia mengakui, jauh di sudut hati mereka sekeluarga tetap berharap jasad bapanya ditemui juga suatu hari nanti.

“Semoga ada perkhabaran baik daripada komuniti nelayan yang sentiasa melalui perairan Kemaman dan Kuantan, Pahang nanti berhubung kehilangan ini,” ujarnya.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan, dua pemancing iaitu Aina Husna Muhammad Husaini, 25, dan Yusof Kassam, 66, dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka dirempuh sebuah tongkang pada pukul 6.30 pagi Ahad.

Insiden itu turut mengorbankan kenalan keluarga Aina Husna, Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, dan tekong, Shahril Ismail, 50, manakala lima individu lain terselamat.
Sewaktu kejadian, kesemua mereka sedang mengikuti trip mencandat sotong pada kedudukan kira-kira 15 kilometer dari perairan Kemaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN