fbpx

Ribuan rakyat Britain berarak bantah kumpulan berhaluan kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan memegang sepanduk semasa demonstrasi balas menentang rusuhan anti imigran di Oxford semalam. – AFP

LONDON  –  Beribu-ribu penunjuk perasaan anti perkauman berhimpun di bandar-bandar seluruh England selepas seminggu rusuhan dan kekacauan tercetus, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Perhimpunan itu diadakan di lokasi-lokasi di mana protes kumpulan berhaluan kanan dijangka berlaku.  Demonstrasi balas tersebut diadakan di utara London, Bristol dan Newcastle dan sebilangan lokasi lain, dengan sebahagian besarnya berlangsung secara aman.

Penunjuk perasaan berarak sambil membalas slogan perusuh dengan melaungkan slogan ‘imigran dialu-alukan di sini (Britain)’.

“Kami lebih ramai daripada anda,” kata penunjuk perasaan yang merujuk kepada perusuh dan samseng berhaluan kanan.

Siri protes itu disokong oleh kehadiran polis yang lebih ramai berbanding pada hujung minggu lalu, dan hampir tiada sebarang tanda kehadiran penyokong berhaluan kanan.

Rusuhan di England dicetuskan oleh berita palsu yang tersebar meluas secara online bahawa suspek  yang menikam mati tiga kanak-kanak di bandar Southport pada 29 Julai lalu ialah pencari suaka beragama Islam.

Masjid dan hotel  yang menempatkan pencari suaka di England adalah antara tempat yang menjadi sasaran kekacauan berterusan tersebut yang menyaksikan sebilangan kedai hangus dibakar serta dirompak.

Kelmarin, pemilik perniagaan di England menutup operasi mereka lebih awal kerana menjangkakan keganasan selanjutnya.

Peguam-peguam yang mewakili imigran pula diarahkan untuk bekerja dari rumah selepas senarai firma peguam cara dan agensi perunding dikongsi di laman sosial sebagai sebagai sasaran rusuhan.

Bagaimanapun, hanya segelintir tangkapan dibuat pada waktu petang kerana demonstrasi sebahagian besarnya berjalan secara aman di serata England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN