fbpx
Anwar (tengah) merasmikan Bangunan Infineon Kulim 3 di Kulim Hi-Tech Park di Kulim hari ini.-Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Negara perlu pantas pacu teknologi tinggi, tarik pelaburan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar bergerak lebih pantas memacu bidang teknologi tinggi supaya negara tidak ketinggalan termasuk dalam menyediakan ekosistem yang dinamik untuk pelaburan asing.

Kata beliau, keupayaan menyediakan keperluan kepada syarikat pelabur seperti infrastruktur termasuk teknologi baharu, tenaga kerja berkemahiran tinggi serta kecekapan urusan di peringkat kerajaan Persekutuan mahupun negeri perlu dipertingkatkan.

“Sama ada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, kita tidak boleh bertolak ansur dengan ketidakcekapan dan sebarang kelewatan. Ini kerana apabila syarikat seperti Infineon (Infineon Technologies AG) menunjukkan minat untuk melabur, kita mesti membalas dengan komitmen yang jelas.

“Selain itu, sinergi dalam ekosistem mesti dipertingkatkan yang mana kita mesti bersedia untuk melakukan anjakan diperlukan. Pihak universiti selain institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu bergerak dan berubah pada kadar yang lebih pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Infineon Kulim 3 di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), di sini hari ini. Infineon adalah syarikat peneraju semikonduktor global yang berpangkalan di Jerman.

Mengulas lanjut, kata beliau, peranan universiti juga diberi perhatian dalam melahirkan graduan bidang kejuruteraan termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Ia adalah dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk keperluan syarikat-syarikat berteknologi tinggi termasuk berkaitan semikonduktor seperti Infineon,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN