fbpx

Malakoff catat untung bersih RM60.4 juta suku pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prestasi keseluruhan Kumpulan dijangka kekal stabil bagi tahun kewangan 2021.

PETALING JAYA – Malakoff Corporation Bhd. (Malakoff) mencatat hasil sebanyak RM1.35 bilion pada suku berakhir 31 Mac 2021, menyusut sebanyak 23.8 peratus berbanding  RM1.77 bilion dalam tempoh yang sama bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2020.

Penurunan pendapatan ini disebabkan pembayaran tenaga yang rendah berikutan Applicable Coal Price (ACP) yang rendah  di  Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn. Bhd.(TBE)  serta penurunan dalam faktor penghantaran di Segari Energy Ventures Sdn. Bhd. (SEV).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff,  Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, Kumpulan mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) yang rendah sebanyak  RM60.4 juta pada suku pertama tahun kewangan 2021, turun sebanyak 32.3 peratus daripada RM89.2 juta yang dicatat pada suku yang sama tahun 2020.

Menurut beliau, penyusutan ini disebabkan oleh pengurangan dalam  faktor penghantaran, peningkatan kos operasi serta penyelenggaraan selain penyusutan sumbangan daripada pelaburan asing.

“Bagaimanapun, pendapatan tersebut telah diseimbangkan oleh PATMI Alam Flora Sdn. Bhd. sebanyak  RM17.9 juta dalam tempoh kewangan yang dikaji, naik  20.9 peratus berbanding tempoh suku sebelumnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

 Anwar Syahrin mengunjurkan prestasi keseluruhan Kumpulan dijangka kekal stabil bagi tahun kewangan 2021.

“Kumpulan akan memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan yang optimum daripada sektor jana kuasa manakala mengunjurkan pertumbuhan yang lebih baik dalam Perkhidmatan alam sekitar dan pengurusan sisa serta tenaga boleh diperbaharui. 

“Sehubungan itu, Malakoff telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Solar dengan AEON Co. (M) Bhd untuk membangun, mengoperasi serta menyelenggara kemudahan solar photovoltaic (PV) bagi  AEON Taman Maluri Shopping Centre dengan nilai kapasiti 2.109 MWp. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI