fbpx
Penduduk setempat mencari lokan ketika air Tasik Pedu semakin surut akibat cuaca panas di Kuala Nerang semalam. – SHAHIR NOORDIN

Tak sampai 30 minit boleh kutip 5kg lokan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERANG – Penduduk setempat tidak melepaskan peluang mencari siput lokan di kawasan Tasik Pedu yang menjadi takungan kepada Empangan Pedu yang surut berikutan cuaca panas ketika ini.

Seorang penduduk, Halimah Razak, 38, berkata, dia mencari lokan di kawasan itu selepas air surut kira-kira tiga minggu lalu.

“Bila air tasik surut, lokan akan berada di tebing yang digenangi air. Biasanya tidak sampai setengah jam, saya boleh penuhkan satu plastik beg beras lima kilogram (kg).

“Cuma perlu berhati-hati ke­rana kawasan di sini berlumpur,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Indon Mad Daya, 71, pula berkata, lokan yang diperoleh akan dibawa balik dan dimasak lemak cili api atau rendang.

“Rebus dan cicah dengan air asam pun sedap. Rasanya hampir sama seperti kerang dan siput lain.

Penduduk, Siti Rahmah Mad Doyah, 62, pula berkata, dia tidak melepaskan peluang ­untuk mencari lokan di kawasan itu kerana siput itu akan muncul beberapa tahun sekali apabila air ­empangan di kawasan itu kering.

“Bukan selalu dapat peluang seperti ini, mungkin selepas ini tiga atau empat tahun pula saya dapat jejak kaki ke sini,” tambahnya.

Jelas Siti Rahmah, seronok dapat cari lokan beramai-ramai begini, peluang ini susah nak dapat dan bukan selalu berlaku di kawasan Tasik Pedu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN