fbpx
Ada wanita yang menanggung derita akibat kehabisan duit selepas terpaksa membayar pinjaman bank yang dibuat mereka untuk bekas suami. – GAMBAR HIASAN

Guru rekod hutang suami dalam buku latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang guru wanita merekodkan segala hutang dan pembayaran yang dibuat suaminya dalam dua buku latihan sepanjang empat tahun perkahwinan sebelum bercerai kerana orang ketiga.

Menurut peguam syarie, Irsamuddin Ikhsan, wanita berusia lewat 30-an itu kerap memberi hutang kepada suaminya, seorang anggota pasukan kese­lamatan yang keseluruhannya berjumlah RM50,000 secara tunai dan transaksi bank.

“Namun, apa yang menarik­nya wanita itu menulis dengan lengkap berkaitan hutang diberikan kepada suami seperti jumlah pinjaman, tarikh berserta tandatangan dia dan suami.

“Berdasarkan rekod hutang dalam dua buku latihan yang sudah kelihatan agak lusuh itu, ia dapat digunakan sebagai antara dokumen bagi tuntutan hutang perkahwinan di Mahkamah Syariah,” katanya kepada Kosmo!.

Katanya, anak guamnya itu membuat rekod berkenaan selepas mengambil iktibar dengan apa yang berlaku semasa perkahwinan pertamanya sebelum itu.

“Malangnya, kejadian sama berulang lagi, namun kali ini wa­nita itu bersedia dengan merekodkan segala hutang yang diberikan. Jadi proses tuntutan hutang perkahwinan menjadi lebih mudah apabila ada bukti.

“Pasangan itu bercerai kerana suami didakwa menjalinkan hubungan dengan wanita lain dan wang yang dipinjam dari isteri dikatakan digunakan untuk keperluan kekasihnya,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, jika tidak mempunyai bukti berbentuk dokumen termasuk transaksi bank, pemohon boleh mengemukakan keterangan saksi bagi menyokong dakwaan berkaitan hutang berkenaan di mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN