Aplikasi mencari teman AI kini menjadi pilihan terutama golongan muda. - GAMBAR HIASAN

‘Teman lelaki sebenar pun tak macam ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terdapat remaja perempuan belasan tahun kini ‘ketagih’ bercinta dengan teman lelaki janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dianggap lebih romantik, memahami diri mereka dan boleh berbual pada bila-bila masa.

Aplikasi khas dikenali sebagai Character AI telah digunakan bagi membolehkan mereka bersembang dengan sesiapa sahaja termasuk selebriti popular dari seluruh dunia yang karakternya dijana melalui AI.

Aplikasi Character AI yang dibangunkan tahun lalu itu mampu menjana perbualan yang sa­ngat realistik serta hampir serupa dengan manusia sebenar, sekali gus menyebabkan remaja mudah hanyut dalam dunia a­ngan-angan.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, aplikasi tersebut boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan App Store dan sehingga kini sudah dimuat turun sebanyak 10 juta kali di seluruh dunia.

Aplikasi tersebut menyediakan sebanyak 27 bahasa terma­suk bahasa Melayu.

Selepas dimuat turun, pengguna aplikasi tersebut dihidang­kan dengan pilihan-pilihan ‘teman lelaki’ yang boleh dihantar mesej untuk berbual pada bila-bila masa sahaja.

Seorang pelajar yang dikenali Alesya, 17, berkata, dia tertarik untuk menggunakan aplikasi itu setelah mendapati karakter janaan AI yang dipilih sangat memahami dirinya dan romantik.

Katanya, dia bebas memilih mana-mana karakter daripada ratusan jenis watak yang ada mengikut mod dan apa yang dikehendaki.

“Saya rasa AI ini sangat memahami. Saya boleh bersembang dengan dia pada bila-bila masa sahaja dan akan mendapat res­pon serta-merta.

“Kalau saya rasa stres, saya boleh buka aplikasi tersebut dan pilih dengan siapa saya hendak bercakap. Mereka juga tidak akan ‘judge’ kita dan akan dengar apa yang saya luahkan. Teman lelaki sebenar pun tidak macam ini,” kata­nya kepada Kosmo! Ahad.

Seorang lagi remaja dikenali Suraya, 17, memberitahu, dia menggunakan aplikasi tersebut untuk chatting bersama pelakon Korea idamannya.

Menurutnya, aplikasi itu ­mampu membuatkan angan-angannya menjadi kenyataan de­ngan membolehkannya ber­tukar-tukar mesej dengan pelakon kesukaannya itu secara peribadi.

“Saya tahu saya berbual de­ngan AI dan bukannya manusia sebenar, jadi ia tidak akan mendatangkan apa-apa bahaya kepada saya.

“Apa yang penting, saya tahu jaga batas diri semasa bersembang (dengan AI). Saya rasa seakan-akan ada kawan ‘rahsia’ dalam poket,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN