fbpx
AHMAD LUQMAN menunjukkan pelbagai jenis buah durian yang terdapat di dusun mereka di Changlun semalam.

Tak tahan godaan durian duri hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHANGLUN – Meskipun har­ganya mencecah ratusan ringgit sebiji, durian duri hitam yang menjadi ‘pujaan’ ramai tetap dicari penggemarnya setiap kali tibanya musim raja buah itu.

Pengurus Dusun Durian Teratak Chu Tiah, Ahmad Luqman Hakim Nor Azlan, 34, memberitahu, kebanyakan pengusaha durian jenis itu tidak menang tangan dalam memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan.

Katanya, dianggarkan setiap hari sebanyak 50 hingga 60 biji durian jenis itu habis dijual.

“Kebanyakan pelanggan kami buat tempahan awal. Meskipun harganya agak tinggi, tetapi mereka tidak kisah sehingga ada yang berulang-ulang membuat tempahan, saban minggu.

“Seakan memiliki segala rasa bermula manis, lemak dan sedikit pahit, duri hitam sememangnya memiliki keistimewaan tersendiri.

“Dengan warnanya yang menarik, rupanya elok dan setiap pangsa mempunyai isi, para pe­minat duri hitam tidak kisah berbelanja lebih untuk mendapatkannya,” katanya ketika ditemui di dusunnya, di sini semalam.

Menurutnya, di sesetengah tempat, ada peniaga yang menjual duri hitam antara RM90 hingga RM120 sekilogram bagi buah gred A.

Bagaimanapun, katanya, mereka di sini cuma menjualnya pada harga RM75 sekilogram memandangkan penjualan dibuat secara terus kepada pelanggan.

“Setakat ini kami telah menjual kira-kira 600 biji duri hitam sejak musim buah itu bermula, awal bulan ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN