fbpx
Gambar hiasan

Mudahnya scammer kaut duit di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kelmarin, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendedahkan jumlah kerugian akibat jenayah komersial bagi tempoh Januari hingga 16 Jun lalu adalah mencecah RM1.07 bilion.

Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Secara purata sebanyak 88 kes jenayah komersial dicatatkan setiap hari dalam tempoh enam bulan tersebut.
RM1.07 bilion satu jumlah yang besar!

Wang yang disimpan selama berbelas atau berpuluh tahun lenyap dalam sekelip mata dan berpindah tangan menjadi hak milik orang lain.

Wang itu sepatutnya digunakan untuk hal-hal kecemasan atau sebagai dana persaraan, tetapi sudah dirampas scammer yang semakin hari semakin licik memperdaya rakyat Malaysia tidak kira orang tua atau muda, malah ada juga golongan profesional turut terjerat dengan helah penipu tersebut.

Baru-baru ini, bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa penipuan sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM2.5 juta.

Boon Heong berkongsi pengalaman itu selepas pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing mendedahkan dia menjadi mangsa sindiket penipuan sehingga mengakibatkan hampir semua wang simpanannya lesap.

Kata Boon Heong, setiap penipuan yang anda alami, ia mengajar anda ‘sesuatu’. Itulah kehidupan, anda tidak boleh mengelak. Lebih perit lagi, penipuan berkaitan pelaburan itu ‘didalangi’ oleh individu yang dikenali.

Selepas hampir sebulan mengunci mulut, Pei Jing menerusi hantaran di Instagramnya kelmarin mendedahkan dia mengalami kerugian selepas terjebak dengan job scam (penipuan pekerjaan) dalam talian.

Cerita Pei Jing, dia bukan seorang individu yang mudah terpengaruh, namun apabila memikirkan masa depannya selepas ‘menggantung’ raket, dia akhirnya terpengaruh dengan pujukan rakannya untuk menyertai perniagaan menjual barangan tersebut.

Memang perit, namun atlet wanita itu memilih untuk bersuara tentang penipuan tersebut kerana tidak mahu ada lagi individu yang menjadi mangsa scammer.

Pei Jing memilih untuk menerima takdir ini dan mahu terus melangkah ke hadapan.

Jika dilihat tidak ramai yang sanggup berkongsi cerita menjadi mangsa penipuan kepada khalayak atas sebab-sebab tertentu termasuk malu.

Tetapi kita tidak tahu mungkin dengan perkongsian ini orang ramai terutama mereka yang berada di sekeliling kita dapat mengambil iktibar.

Pihak berkuasa juga sudah melaksanakan pelbagai usaha dalam menangani kes penipuan tersebut.

Sama-samalah kita saling mengingatkan antara satu sama lain terutama ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan terdekat agar jenayah kolar putih ini dapat dibanteras seterusnya mereka yang mengaut

keuntungan secara bermaharajalela dituduh dan dikenakan hukuman setimpal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN