fbpx
ANAS Salihin (kanan) dan Hasru mencuci bahagian dalam kenderaan pelbagai guna di rumah pelanggan mereka di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu semalam.

Cuci-cuci dapat RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Dua sahabat yang juga lepasan universiti mampu menjana pendapatan lebih RM4,000 sebulan menerusi perkhidmatan mencuci kende­raan dari rumah ke rumah yang diusahakan sejak Februari lalu.

Anas Salihin Mazlan, 25, berkata, dia dan Hasru Ab. Rahman, 23, melabur wang berjumlah RM10,000 untuk membeli peralatan bagi memulakan perniagaan tersebut.

“Kami sedar ramai pelanggan di bandar raya ini mempunyai kekangan masa untuk menghantar kereta ke pusat mencuci kenderaan yang biasanya memakan masa 30 minit hingga dua jam.

“Jadi kami berdua menawarkan perkhidmatan ini yang dilakukan di rumah pe­langgan sendiri,” katanya ketika ditemui di Wakaf Beruas di sini semalam.

Anas Salihin memberitahu, mereka mengenakan caj bermula RM90 untuk kereta kompak, sedan RM100, RM130 kenderaan pelbagai guna dan RM150 van.

Jelasnya, caj yang dikenakan itu termasuk membersihkan bahagian dalaman dan mengilatkan permukaan lua­ran ken­deraan.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalak­kan sehingga kami terpaksa meng­upah dua pekerja sambilan. Pelanggan kami bukan sahaja dari bandar raya ini, malah dari daerah-daerah lain seperti Du­ngun dan Kemaman,” katanya.

Anas Salihin berkata, dia amat menitikberatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati.

“Alhamdulillah dalam masa tiga bulan sudah dapat pulangan modal. Ramai pelanggan yang berpuas hati dan mengesyorkan perkhidmatan kami kepada ahli keluarga serta rakan-rakan yang lain,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN