fbpx
AADK perlu menunggu sehingga tiga bulan sebelum mendapat keputusan urin individu yang ditahan. – GAMBAR HIASAN

Tunggu 3 bulan keputusan urin di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Majlis Lembaga Pelawat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia (Malpam) me­negaskan usaha menangani dadah belum cukup ‘kuat’ apabila tiada satu makmal ujian urin diwujudkan di Pahang.

Presidennya, Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, perkara asas yang ‘dipandang sepi’ itu menyebabkan AADK terpaksa menghantar urin individu yang ditahan ke makmal di Terengganu dan perlu menunggu sehingga tiga bulan untuk mendapatkan keputusan.

Katanya, keadaan itu bukan sahaja menyukarkan tugas dan peranan AADK, malah didakwa menganiayai individu yang ­terpaksa diletakkan di dalam lokap terlebih dahulu sebelum keputusan rasmi ujian urin dikeluarkan.

“AADK tidak ada makmal di Pahang, mereka menumpang Terengganu dan perkara ini menyulitkan kerana tidak ada keputusan segera, tiga bulan baru dapat keputusan.

“Sebab itu, penagih dadah yang ditangkap dan keluarga pula tidak jamin, mereka akan ditempatkan dalam lokap. Kalau tiga bulan ‘kawan’ tu masuk penjara tiba-tiba dapat keputusan negatif, ini kes aniaya,” katanya di sini semalam.

ABDULLAH

Jelasnya, ujian asas urin yang dilakukan hanya boleh digunakan pakai pada peringkat awal oleh pihak polis tetapi keputusan ujian muktamad perlu diperolehi daripada makmal ter­tentu dengan pengesahan doktor.

Menurut Abdullah, AADK mempunyai kemampuan yang terhad apatah lagi untuk memiliki makmal lebih canggih sekali gus menyukarkan usaha dalam membanteras dadah habis-habisan termasuk menyukarkan pelaksanaan pelbagai program.

Sementara itu, katanya, dalam berhadapan dengan peningkatan kes dadah beliau mencadangkan mahkamah khas bagi pesalah dadah diwujudkan bagi menyelesaikan pertuduhan kes melibatkan dadah dengan lebih cepat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN