fbpx
Muhammad SHAHRULNIZAM menunjukkan rempah-ratus yang dijual di kedainya di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam.

Dapat RM1,500 sehari jual rempah musim korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Peniaga rempah di Pasar Besar Kedai Payang di sini, tidak menang tangan melayan permintaan ­pelanggan yang meningkat tiga kali ganda pada musim perayaan Aidiladha ini.

Seorang peniaga, Muhammad Shahrulnizam Rasman, 27, berkata, premisnya tidak putus-putus dikunjungi pelanggan untuk membeli rempah-ratus sejak kelmarin.

“Walaupun operasi tamat pukul 5 petang, namun masih ada pelanggan yang datang ke sini. Saya menjangkakan permintaan akan berterusan sehingga Selasa.

“Jualan harian juga meningkat mencecah RM1,500 sehari pada musim raya berbanding RM500 pada hari-hari biasa,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Kedai Payang semalam.

Muhammad Shahrulnizam memberitahu, antara rempah yang laris pada musim raya korban ialah rempah gulai kawah, rendang, kari, kerutuk, kuzi dan nasi dagang. Setiap rempah masakan itu dijual pada harga RM4 hingga RM8 untuk 100 gram.

“Walaupun berlaku kenaikan harga bekalan rempah sejak Syawal lalu, saya tetap kekalkan harga. Serbuk ketumbar mi­salnya pemborong menjualnya pada harga RM60 bagi lima kilogram berbanding RM50 sebelum ini,” katanya.

Seorang lagi peniag, Tun Hassan Tun Mahmud, 62, berkata, kedai rempah di Pasar Besar Kedai Payang digemari kerana pengguna boleh membeli mengikut kuantiti diperlukan.

“Pelanggan hanya perlu beri­tahu jenis masakan dan berapa kuantiti daging atau ayam yang akan digunakan.

“Kami juga membenarkan pembelian rempah yang dicampur mengikut permintaan pe­langgan. Biasanya rempah yang dicampur menjadikan masakan seperti gulai kawah lebih sedap,” kata lelaki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN