fbpx
Zack terharu memeluk erat ibunya, Fatimah sebaik dibebaskan menerusi program PBLS Ihsan Madani - Kepulangan Yang Dinanti di Penjara Marang semalam.

Masih diterima keluarga biarpun bergelar bekas banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Seorang bekas banduan yang dibebaskan menerusi program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBLS) semalam mengalirkan air mata masih diterima keluarga biarpun melakukan kesalahan berulang menyebabkan dua kali meringkuk dalam penjara.

Zack (bukan nama sebenar) berkata, penerimaan keluar­ganya itu membuatkan dia malu pada diri sendiri dan berazam tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke tirai besi buat kali ketiga.

“Kali pertama saya masuk penjara atas kesalahan penagihan dadah pada tahun 2016.

“Saya cuba berubah sebaik dibebaskan, namun iman saya tergelincir terjebak kembali dengan barang terlarang itu sehingga dipenjara semula pada Februari lalu,” katanya ketika ditemui program PBLS Ihsan Madani – Kepulangan Yang Dinanti di Penjara Marang di sini semalam.

Dia merupakan merupakan antara 118 banduan penjara berkenaan yang menikmati pembebasan awal menerusi program sempena Aidiladha.

Zack, 30, yang kudung kaki kiri akibat kemalangan terharu keluarga tidak membuangnya walaupun acap kali melukakan hati mereka dengan melakukan kesalahan sama.

Sehubungan itu, anak keenam daripada lapan beradik tersebut berjanji akan menggunakan peluang ketiga tersebut untuk berubah sepenuhnya.

“Pembebasan beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha ini amat bererti buat saya dan mengajar nilai pengorbanan keluarga khususnya ibu,” katanya.

Sementara itu, ibu Zack yang mahu dikenali sebagai Fatimah, 65, pula sentiasa percaya anaknya tersebut akan berubah menjadi lebih baik pada satu hari nanti.

“Sebagai umat Islam, kita akan sentiasa diuji dengan ujian saya pula ialah anak yang terlibat dengan penagihan dadah.

“Saya sentiasa beri restu agar dia dapat menjalani hidup ke jalan Allah dan akan terus membimbingnya sebaik sahaja bebas kali ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN