ENAM kes rampasan haiwan seludup yang dilakukan JPV Terengganu sepanjang tahun ini dua daripadanya disahkan positif penyakit brucellosis. - GAMBAR HIASAN

Haiwan seludup berisiko bawa penyakit brucellosis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menasihatkan umat Islam yang berniat me­laksanakan ibadah korban ming­gu depan tidak tersalah memilih haiwan ruminan seludup kerana dikhua­tiri membawa risiko pe­nyakit.

Pengarahnya, Dr. Anun Man berkata, walaupun haiwan seludup lebih murah, risiko mempunyai penyakit zoonotik yang boleh menjangkiti manusia amat tinggi.

“Kebimbangan ini berasas kerana daripada enam kes rampasan haiwan seludup yang berjaya dilakukan JPV negeri sepanjang tahun ini, dua daripadanya disahkan berpenyakit.

“Haiwan ruminan terbabit didapati positif penyakit brucellosis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

DR. ANUN

Jelasnya, brucellosis merupakan penyakit zoonotik yang boleh merebak menjangkiti manusia.

Ujar beliau, penyakit disebabkan bakteria berkenaan boleh menyerang saluran penafasan dan sistem pencernaan manusia.

“Sehubungan itu, saya minta orang ramai agar berhati-hati dan tidak membeli sebarangan haiwan ruminan seperti lembu dan kambing yang tidak diketahui asal sumbernya.

“JPV mendapati aktiviti penyeludupan haiwan dari negara jiran semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 30 kes cubaan menyeludup ternakan dari negara jiran berjaya dipatahkan pihaknya sejak tahun lalu.

“Penguatkuasaan tersebut melibatkan rampasan keseluruhan berjumlah RM2.6 juta. Dua kes terbaru ialah di Setiu dan Dungun melibatkan penyeludupan lembu dan kambing.

“Kesemua 400 haiwan yang dirampas dalam dua operasi berkenaan disahkan menghidap penyakit zoonotik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN