fbpx

Naib Presiden Malawi disahkan terkorban dalam nahas pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saulos Chilima. – AFP

LILONGWE – Presiden Malawi, Lazarus Chakwera menyatakan bahawa serpihan pesawat yang membawa Naib Presiden, Saulos Chilima ditemui tanpa seorang pun yang selamat, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Chilima dan sembilan yang lain menaiki penerbangan domestik pada pagi semalam apabila pesawat tersebut hilang dari radar.

Pesawat tentera itu dilaporkan terbang dalam keadaan cuaca buruk.

Dalam taklimat akhbar hari ini, Chakwera berkata, komander Angkatan Pertahanan Malawi memaklumkan kepadanya bahawa operasi mencari dan menyelamat telah selesai dan pesawat itu ditemui.

“Saya berasa sedih dan dukacita untuk memberitahu seluruh rakyat Malawi mengenai tragedi dahsyat ini,” katanya sambil menambah, pasukan penyelamat mendapati pesawat tersebut musnah sepenuhnya.

Chilima, 51, ketika kejadian dalam penerbangan bagi menghadiri majlis pengebumian bekas menteri, Ralph Kasambara, yang meninggal dunia empat hari lalu.

Bekas wanita pertama, Shanil Dzimbiri turut berada dalam penerbangan itu, yang berlepas dari ibu negara, Lilongwe, pada pagi semalam.

Ia sepatutnya mendarat di lapangan terbang bandar utara Mzuzu, tetapi terpaksa berpatah balik kerana jarak penglihatan yang terhad.

Chilima meninggalkan seorang balu dan dua anak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI