PETALING JAYA – Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) meneruskan lagi kejohanan permainan Bounce & Bingo yang pernah dianjurkan tahun lalu, kini bakal bermula pada 8 dan 9 Jun ini di 100 cawangan terpilih di seluruh negara.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, kejohanan itu menawarkan ganjaran yang lebih lumayan dengan wang tunai dan hadiah bernilai sehingga RM30,000 untuk para pemenang.
“Edisi pertama Bounce & Bingo menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kami ini adalah cara permainan yang mudah tetapi hanya memerlukan kerja berpasukan, kemahiran dan juga nasib.
“Ternyata ia terbukti menyeronokkan buat semua. Mengambil kira permintaan para pelanggan, kami membuat keputusan untuk menganjurkannya sekali lagi. Kali ini, dengan hadiah yang lebih lumayan.
“Sudah pasti, kami ingin memastikan kunjungan pelanggan kami ke MR D.I.Y. menyeronokkan sambil mereka membeli-belah untuk barangan keperluan masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Alex menerangkan, kejohanan permainan peringkat kebangsaan ini menawarkan wang tunai menarik dan hadiah bernilai sehingga RM30,000, termasuk trofi, pingat dan baucar tunai.
Juara akan menerima wang tunai RM10,000, naib juara pertama menerima wang tunai RM5,000 dan naib juara kedua menerima wang tunai RM3,000.
Setiap tiga pasukan teratas juga akan menerima trofi. Selain itu, tiga belas pemenang hadiah saguhati akan menerima RM500 MR D.I.Y. baucar tunai dan pingat setiap satu.
Selain itu, pasukan dengan rekod keseluruhan terpantas akan diberi ganjaran wang tunai RM5,000.
Edisi pertama Bounce & Bingo anjuran syarikat telah menyaksikan pasangan dari Johor memenangi kejohanan sulung itu.
Sempena kejohanan tersebut, MR D.I.Y. menawarkan pelanggan peluang untuk sesi praktis di 100 cawangan terpilih MR. D.I.Y. berhampiran mereka dari 31 Mei hingga 7 Jun 2024 dan peserta yang berminat boleh menyertai kejohanan dari 7 hingga 9 Jun ini. -KOSMO! ONLINE














