MEMANG jualan makanan air tangan pembantu rumah pelakon Norreen Iman kini menjadi bualan disebabkan keenakannya.
Namun, ketika pempengaruh terbabit rancak berkongsi video makanan Sunda dibuat daripada tepung kanji dalam Instagramnya, timbul pula kisah kurang enak.
Ada segelintir netizen yang mendakwa Norreen menyalahgunakan khidmat pembantu dengan menyuruhnya membuat kerja di luar bidang tugas.
Tetapi pelakon dan pempengaruh itu tampil menjelaskan wanita dikenali sebagai Bik Inah itu yang mahu menyediakan dan menjual juadah berkenaan.
Katanya, wang diperoleh adalah untuk keperluan keluarganya di Indonesia kerana suaminya sakit dan memerlukan perbelanjaan tambahan.
Dedah ibu kepada dua anak itu lagi, tujuan mengusahakan jualan makanan itu adalah untuk berkongsi rezeki.
Malah, mereka turut dibantu ibu kepada Norreen serta suaminya dalam proses penyediaan bahan sehingga penghantaran, bukan memeras tenaga Bik Inah.
MIZZ LAHAR: Kempunan seorang peminat ditipu scammer gara-gara teringin air tangan artis kesayangan.