fbpx

Arsenal sanggup korban dua pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMITH ROWE (kiri) dan Tomiyasu mungkin dilepaskan ke Napoli dalam usaha Arsenal membeli Osimhen. - AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan sedang merancang tawaran mengejut untuk mendapatkan penyerang Napoli, Victor Osimhen dan bersedia menawarkan dua pemain termasuk Takehiro Tomiyasu sebagai pertukaran perpindahan.

Osimhen baru-baru ini menandatangani kontrak lanjutan dengan Napoli yang akan berakhir pada Jun 2026 termasuk klausa pelepasan bernilai £102 juta (RM 590.58 juta) dalam usaha memastikan nilai pasaran pemain itu kekal tinggi.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis sedar bahawa Osimhen berminat untuk menyertai salah satu kelab ternama dunia dan beberapa pasukan sudah mula menunjukkan minat terhadapnya.

Namun, The Gunners menghadapi kesukaran untuk memenuhi klausa pelepasan bernilai £102 juta (RM 590.58 juta) yang perlu dibayar secara tunai yang menyebabkan mereka menawarkan dua pemain untuk mengurangkan kos tersebut.

Pemain pertama yang ditawarkan adalah Emile Smith Rowe yang kini mencari kelab baharu untuk mendapatkan lebih banyak peluang bermain setelah dipinggirkan beberapa musim kebelakangan ini.

Tomiyasu juga mungkin termasuk dalam perjanjian itu walaupun pemain antarabangsa Jepun tersebut sangat berguna buat pengurus Arsenal, Mikel Arteta kerana fleksibilitinya di barisan pertahanan tetapi terpaksa dilepaskan demi mendapatkan Osimhen.

Smith Rowe dan Tomiyasu dianggarkan bernilai £70 juta (RM405.3 juta) dan dilihat boleh mengurangkan kos untuk mendapatkan Osimhen kepada £32 juta (RM185.28 juta) yang merupakan angka mampu dicapai oleh Arsenal.

Kehadiran Osimhen dijangka memberi impak besar kerana dia mampu menjaringkan 20 hingga 25 gol setiap musim serta memberikan tekanan kepada Manchester City dalam persaingan merebut gelaran Liga Perdana Inggeris musim depan.

Ia juga boleh membantu Arsenal mengimpikan peluang mendakap trofi Liga Juara-Juara Eropah yang pertama buat kelab itu musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI