fbpx
Keterampilan eksekutif juga boleh diterjemahkan dengan pakaian bereka corak.

Keterampilan gaya eksekutif lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Bagi eksekutif lelaki, antara panduan untuk kelihatan hebat pada hari-hari penting adalah dengan membuat sedikit perubahan pada penampilan anda. Pakailah sesuatu yang selalunya anda tidak biasa pakai.

Contohnya, tali pinggang atau stoking baharu, mungkin juga cincin baharu.

Bagi yang berkemampuan dapatkanlah rawatan urutan wajah (facial massage) agar sedikit sebanyak dapat menenangkan dan mengurangkan tekanan serta melambatkan proses penuaan pada wajah (akibat daripada dunia yang berlari pantas). Perasaan tenang dapat memberikan kita keyakinan, yang sebenarnya adalah the real secret to attraction.

Gaya keterampilan eksekutif lelaki kontemporari bukan lagi hanya sesuai untuk kemeja putih polos.

Label ternama seperti Burberry, Ralph Lauren dan Tommy Hilfiger mengorak langkah menghasilkan rekaan kemeja formal (dress-shirt) dalam reka corak grafik dan geometrik yang begitu menyerlah, lengkap dengan padanan tali leher dalam reka corak yang sama.

 

Penampilan klasik
Dalam lingkungan yang konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal) iaitu pemilihan warna untuk business suit yang lebih tertumpu pada rona hitam dan kelabu (grey).

Apa kata pilih blazer atau jaket yang menggunakan fabrik nipis dan ringan (medium – lightweight fabric) seperti cotton.

Jaket ini lazimnya didatangkan dalam warna biru kelasi (navy) dan warna cerah.

Dari segi rekaan, ia biasanya unstructured ataupun tidak kelihatan kaku. Jaket ini tiada fabrik pelapis (lining-free) dan direka supaya kelihatan sedikit renyuk. Ia paling menarik dipadankan dengan chinos dan jean. Dapatkan juga seluar khakis yang banyak di pasaran. Ia cukup stylish dan boleh dipadankan dengan apa sahaja.

 

Tali leher
Antara gaya menarik ialah dapatkan slim-cut cotton suit dan padankan dengan kemeja (dress shirt) reka corak kotak-kotak (checked) atau jalur (striped).

Pilih tali leher warna senada (solid colour) ataupun reka corak ringkas (simple-patterned) yang ada kesinambungan dengan warna yang mendominasi kemeja anda.

Jika memakai kemeja bercorak, pastikan yang padanan seluar, aksesori dan rambut anda, kesemuanya adalah dalam gaya konservatif.

Namun begitu, pilihan tali leher perlu mempunyai reka corak bagi melengkapkan gaya keseluruhan

. Antara cara untuk mengetahui sama ada tali leher yang dibeli telah dipotong dengan baik adalah dengan memegang tinggi hujung tali leher yang paling tirus dan selebihnya dibiarkan jatuh ke bawah.

Jika tali leher tidak berpintal (twist), itu bermakna ia telah dipotong dengan baik.

 

Pilihan kasut dan stoking
Lelaki biasanya kurang berikan penumpuan pada kasut mereka. Kasut sepatutnya dijaga dengan rapi sentiasa. Penggunaan tapak kasut yang rosak dan tali kasut yang terlalu uzur keadaannya adalah dilarang sama sekali.

Dapatkan juga kasut sniker warna putih yang ringkas. Ia cukup in-trend dan boleh adds kick to your look! Paling penting, anda perlu bijak dan berani bereksperimentasi.

Anda juga harus sentiasa memilih untuk memakai stoking yang panjang (long socks), berbanding dengan potongan yang pendek.

Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada bulu kaki anda terlihat pada pandangan orang lain.

 

Aksesori tambahan
Lelaki perlu mengelakkan pemakaian aksesori yang pelik (unusual accessories) dan agak berat (heavy jewelry) serta keterlaluan daripada dipakai ke pejabat. Ia hanya sesuai digayakan selepas waktu bekerja.

Pilihlah cuff links yang tidak begitu menonjol rekaannya (discreet) dan tali pinggang yang sepadan (match well) dengan sut dan tali leher. Jam tangan (rekaan yang konservatif) dan cincin perkahwinan adalah antara aksesori yang pelengkap yang boleh dipakai.

Selain itu, lelaki juga boleh dapatkan beg tote yang dibuat daripada kanvas dalam warna yang terang seperti hijau (kelly green) ataupun biru langit (azure).
Beg ini cukup tahan lasak dan boleh diisi dengan pelbagai keperluan termasuklah mungkin kasut sniker (sneakers) ataupun komputer riba anda.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN