fbpx

Wanita baring atas jalan, minta polis tempah hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar wanita yang dilihat terbaring di atas jalan raya sambil memegang anjing peliharaannya. - NDTV

NEW DELHI – Seorang wanita nekad berbaring di atas jalan raya untuk meminta polis menyelesaikan masalah penginapannya di sebuah hotel, lapor akhbar NDTV semalam. 

Kejadian pelik itu berlaku di luar pejabat Timbalan Pesuruhjaya Polis di Mahipalpur, barat daya Delhi. 

“Saya tidak mahu sesiapa!” jerit wanita bernama Sangeeta itu sambil memegang anjing peliharaannya ketika disuruh bangun oleh orang lain.

Perbuatan itu turut menghalang sebahagian lalu lintas apabila orang ramai berkumpul untuk melihat apa yang berlaku. 

Sangeeta difahamkan menginap di sebuah hotel di Mahipalpur, namun pemilik hotel tersebut tidak membenarkan dia tinggal di sana.

Selepas melakukan siasatan, Sangeeta didapati tidak membayar bil hotel selama beberapa hari menginap di sana. 

Bagaimanapun, pihak polis sedang menasihati wanita berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI