fbpx

Penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sisik tenggiling antarabangsa yang dirampas dalam serbuan Op Jaguar, pertengahan tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai penguat kuasa yang bersekongkl dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.

Menurut sumber, suspek dipercayai pernah ditahan dalam Op Jaguar yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pertengahan tahun lalu.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an disyaki menerima sogokan daripada sindiket untuk tidak menyerahkan sisik tenggiling seberat 1.8 tan kepada Jabatan Perhilitan.

“Suspek dipercayai tidak menyerahkan sisik tenggiling yang merupakan barang rampasan kastam kepada Jabatan Perhilitan bagi tujuan pelupusan.

“Suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada September hingga Disember 2019 di Stor Penguatkuasaan Pengkalan Marin, Pelabuhan Klang Utara,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, sisik tenggiling itu dipercayai diseludup masuk ke negara ini sebagai transit sebelum dihantar ke China dan negara-negara lain yang mendapat permintaan tinggi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah, Malaysia berperanan sebagai negara sumber dan transit dalam pemerdagangan dan penyeludupan hidupan liar terancam seperti harimau, tenggiling, gading gajah dan kura-kura.

Op Jaguar yang dilaksanakan pada pertengahan tahun lalu di Klang dan Kuala Lumpur menyaksikan rampasan hampir dua tan sisik haiwan itu yang dijual sehingga mencecah RM13,000 per kilo di pasaran gelap dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM23.4 juta.

Operasi dijalankan hasil maklumat daripada agensi penguat kuasa Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong.

Hasil operasi itu juga, SPRM telah menyita kenderaan mewah dan membekukan akaun bank bernilai jutaan ringgit disyaki milik sindiket terbabit.

Penyitaan dan pembekuan aset itu dibuat susulan penahanan 10 individu termasuk pemilik syarikat dan ejen sindiket membabitkan warga Malaysia, Bangladesh, Pakistan dan Nepal dalam operasi khas tersebut.

Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Dato’ Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan suspek akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 403 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI