fbpx

Lelaki maut Yamaha Y15 rempuh pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh pembahagi jalan di Jalan Persiaran Raya, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Persiaran Raya berhampiran simpang Pusat Sivik di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, mangsa, Muhamad Alif Ibrahim, 22, dari Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini yang menunggang motosikal Yamaha Y15 meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama pembonceng, Mohamad Ashraf Abdul Wahab, 17, sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Baru menghala ke Bandar Lama Gua Musang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai cuba mengelak daripada melanggar sebuah kereta jenis Proton Persona di hadapannya yang hendak membelok masuk ke simpang sebelah kiri jalan.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal Muhamad Alif hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan sebelum dia dan rakannya tercampak jatuh di atas bahu jalan.

“Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan awal, namun mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini,

Choon Foo memberitahu, rakan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian rahang dan kes disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI