fbpx

Lupa alas perut, Azira Shafinaz hampir pitam tak cukup oksigen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azira hampir pitam disebabkan tidak mengalas perut sebelum melakukan persembahan di pentas THSS baru-baru ini.

PETALING JAYA – Gara-gara perut kosong, ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz nyaris pitam selepas melakukan persembahan pada program The Hardest Singing Show (THSS), malam kelmarin.

Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 32, berkata, sebelum itu dia dapat berasakan seluruh tubuhnya kebas selain mengalami kesukaran untuk bernafas.

“Di belakang tabir yang orang tak tahu, selepas temubual De Fam di belakang pentas, saya dah mula pening dan rasa macam tak cukup oksigen.

“Seluruh badan saya rasa kebas dan saya tak dapat bernafas dengan betul. Saya ingat saya dah nak pitam,” katanya menerusi perkongsian Instagram Story.

Dalam hantaran tersebut, pelakon terbabit turut menunjukkan gambarnya sedang dirawat sekumpulan pasukan perubatan.

Menurut Azira lagi, situasi cemas yang dialami adalah disebabkan tidak mengalas perut sebelum beraksi di pentas.

“Peringatan untuk diri sendiri, kena makan sebelum melakukan persembahan,” ujarnya.

Enggan peminat bimbangkan keadaannya, dia mengakui kini sudah kembali bertenaga dan semakin pulih.

“Tapi anda semua jangan risau. Alhamdulillah saya dah semakin baik sekarang,” tambahnya.

Selain Azira, kumpulan yang turut membariskan dua lagi anggota iaitu Sophia Liyana dan Cik Manggis lolos ke minggu keempat THSS Ahad ini.

Terdahulu, pada Februari lalu Azira mengalami keretakan pada bahagian pergelangan tangannya selepas terjatuh sewaktu menjalani penggambaran drama Nafsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI