fbpx
Gambar hiasan

Jangan terjatuh, baru hendak teraba-raba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dalam mengharungi kehidupan seharian yang semakin mencabar, adakalanya kita diuji dengan perkara yang tidak pernah terjangkau oleh akal selama ini sama ada dalam bentuk musibah atau pengajaran.

Justeru, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi membolehkan kita terus dapat hidup dengan lebih tenang dan selesa tanpa sebarang kebimbangan.

Bagi sesetengah orang, ujian yang diterima cukup berat dan boleh mengubah kehidupan mereka 360 darjah seperti kehilangan mata pencarian disebabkan tidak mampu lagi bersaing dalam suasana ekonomi mencabar dan tidak menentu pada masa ini.

Ditambah pula dengan harga barangan yang semakin mahal masa sekarang menyulitkan lagi kehidupan yang sudah pun sulit.

Sesungguhnya era pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu banyak mengajar kita agar sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan agar kehidupan dapat diteruskan memandangkan pada masa itu ramai orang kehilangan kerja.

Ini disebabkan banyak syarikat yang menjadi sumber pendapatan mereka tidak lagi dapat meneruskan operasi ketika itu.

Oleh sebab itu, wajar kita mengambil langkah-langkah perlu termasuk tidak lagi menambah hutang baharu.

Ia merujuk kepada pinjaman untuk menaik taraf kenderaan, rumah dan sebagainya

Sebaliknya lebih wajar supaya simpanan kecemasan diaktifkan.

Hutang baharu akan menjadi suatu beban yang amat berat jika berlaku perkara di luar jangka kerana hutang lama pun masih berbaki.

Bagi menjamin kelangsungan hidup untuk jangka panjang jika terjadi perkara tidak diingini di tempat kerja, ada yang mula ‘melabur’ dalam skala kecil dunia hartanah dengan membina rumah sewa untuk tujuan pelancongan ataupun inap desa yang semakin mendapat permintaan terutamanya pada musim cuti.

Pelaburan sebegini biasanya dibuat secara berperingkat mengikut keperluan dan sumber kewangan yang ada dan dalam masa beberapa tahun, pulangan yang diterima juga bukan calang-calang.

Selain itu, ada juga yang mula menyimpan wang kecemasan dan hanya akan digunakan jika berlaku perkara tidak diingini.

Ini semua adalah sebagai persediaan biarpun kita nampak keadaan ekonomi semasa kelihatan okey, semua stabil, namun hakikatnya belum tentu sama seperti apa yang digambarkan.

Tidak salah kita menyediakan payung sebelum hujan agar tidak ‘teraba-raba’ apabila musibah melanda dalam kehidupan seperti kehilangan tempat berpaut dalam dunia pekerjaan, pada masa itu sudah tidak boleh berbuat apa-apa.

Lebih baik bermula dari sekarang daripada tidak membuat apa-apa perancangan kerana masih belum terlambat untuk berbuat demikian.

Tepuk dada, tanya selera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN