fbpx

Harimau Malaya tempang hilang tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL (kanan) dan Arif Aiman tidak berada dalam skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan dua aksi penting bulan depan.

KEHILANGAN pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dalam panggilan skuad kebangsaan ekoran kecederaan boleh dianggap sebagai ‘malapetaka’ buat Harimau Malaya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam yang percaya pasukan kendalian Kim Pan-gon itu bakal mengharungi tugas getir tanpa kelibat Arif Aiman di atas padang nanti.

Bukan sahaja Arif, Harimau Malaya turut melupakan hasrat pemain utama Selangor FC, Faisal Halim yang terpaksa disisihkan selepas menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei lepas.

“Secara jujur, saya rasa skuad kebangsaan tanpa Arif Aiman bukanlah Harimau Malaya yang sebenar. Tanpa Faisal dan Arif Aiman pasti akan ada sedikit terencat di bahagian serangan.

“Pendekatan dan intensiti permainan mungkin berbeza,” kata Shahrom yang kini bergelar ketua jurulatih kelab Gombak FC ketika ditemui Kosmo!

Sebagai rekod, Arif Aiman tiada dalam senarai 26 pemain yang melaporkan diri dalam kem latihan skuad kebangsaan sejak semalam kerana mengalami kecederaan.

Kehilangan Arif dan Faisal pastinya memberi impak ketika skuad negara sedang melakukan persiapan untuk harungi dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan bulan depan.

Mengulas lanjut, Shahrom masih optimis peluang skuad negara untuk lolos ke aksi kelayakan seterusnya masih terbuka andai barisan pemain mampu berikan yang terbaik pada dua perlawanan nanti.

“Namun, kita tetap ada peluang yang mana Pan-gon pasti ada perancangan terhadap perlawanan terutama pendekatan bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan. Pemain yang dipanggil masih lagi mampu memberi saingan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI