fbpx
Mohd. Razit (kiri) bersama kawan-kawanya menunjukkan sebahagian sotong yang diperolehi ketika menyandat di kepulauan Pulau Tioman.

Tauke bot tersenyum musim candat sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Musim menyandat sotong yang bermula sejak pertengahan bulan April setiap tahun memberikan limpahan rezeki kepada pengusaha bot membawa pemancing untuk melakukan aktiviti itu.

Malah aktiviti yang kebiasaannya dilakukan di sekitar Pulau Tioman dan Pulau Sri Buat itu membolehkan pemilik bot menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan sepanjang musim me­nyandat sotong bermula bulan April hingga Oktober.

Bagaimana pendapatan setiap pemancing pula bergantung kepada kemahiran menyandat selain pilihan tarikh bulan terang yang tepat kerana jumlah sotong akan berkurangan sekiranya bulan gelap.

Tekong, Mohd. Khairulnizam Yaacob, 35, mengakui mereka tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan bot untuk pergi menyandat sotong sama ada satu atau dua malam bagi setiap kumpulan pemancing.

Katanya, dalam satu minggu tekong-tekong di Mersing, Pe­nyabung dan Endau menerima tempahan antara tiga hingga empat trip dalam masa seminggu.

“Apabila tiba musim mencandat sotong, ia boleh diibaratkan seperti durian runtuh kepada kami dan masa tujuh bulan bermula April hingga Oktober digunakan sepenuhnya sebelum rehat pada musim tengkujuh.

“Namun ada juga hari-hari yang kami tidak boleh turun sekiranya berlaku angin kuat kerana lebih mengutamakan keselamatan pemancing,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Sementara itu, Mohd. Razit Palil, 70, berkata, setiap tahun dia akan meluangkan masa bersama kumpulan pemancing dari Kluang antara tiga hingga empat kali untuk pergi menyandat sotong di kawasan kepulauan Pulau Tioman di Mersing.

Ujarnya, setiap kali turun untuk menyandat sotong mereka akan berada di laut selama tiga hari dua malam dan hasilnya bergantung kepada keadaan cuaca.

“Ada ketika kami akan membawa pulang lebih 100 kilogram sotong selama dua malam me­nyandat, namun secara keseluruhannya aktiviti ini amat menguntungkan selain dapat menikmati ikan segar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN