fbpx

Penjual azimat tipu ahli perniagaan RM48 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ahli perniagaan ditipu oleh peniaga azimat di Thailand. - Foto Chalit Poomruang

BANGKOK  – Seorang peniaga azimat dan isterinya  ditangkap polis Thailand kerana dituduh menipu seorang ahli perniagaan sehingga mangsa rugi 380 juta baht (RM48 juta), lapor portal berita The Pattaya News hari ini.

Peniaga dikenali  sebagai Thanapon dan pasangannya, Amarat itu ditahan di wilayah Chiang Rai,  utara Thailand selepas pihak berkuasa melakukan siasatan selama beberapa bulan. 

Thanapon ialah bekas ahli jawatankuasa Persatuan Tangkal dan Azimat Thailand.

Dia dituduh menyewa beratus-ratus azimat daripada seorang ahli perniagaan hartanah bernilai l 380 juta baht.

Namun, dia gagal memulangkan azimat itu dan sejumlah bayaran kerana menyewanya. 

Sebaliknya, dia dilaporkan memberi beberapa siri cek tendang kepada ahli perniagaan terbabit.

Setibanya di Balai Polis Nakhon Sawan, ahli perniagaan itu menuntut mereka memulangkan 564 azimat dan 380 juta baht kepadanya. 

Bagaimanapun, Thanapon dilaporkan hanya mengaku pertuduhan itu tetapi enggan memulangkan azimat atau wang tersebut kepada mangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI