fbpx

Malaysia mampu gegar Piala Dunia 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki dalam dewan negara perlu diberi lebih perhatian untuk memantapkan pasukan menghadapi Piala Dunia 2025. - MHC

KETUA Jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki negara, Mohd. Rodzhanizam Mat Radzi meluahkan kegembiraan selepas melakar sejarah dengan menempah tiket ke Piala Dunia 2025 yang dijadualkan di Porec, Croatia pada Februari tahun depan.

Bagaimanapun, beliau menganggap masih banyak yang perlu diperbaiki skuad negara yang menamatkan kejohanan dengan memenangi pingat perak selepas tewas 1-7 kepada Iran pada perlawanan akhir kelmarin.

“Alhamdulillah, selesai sudah Piala Asia dan kami kalah dengan pasukan yang lebih bersedia ke Piala Asia. Masih banyak lagi kita perlu lakukan dan perbaiki selepas ini.

“Malaysia memulakan kempen dengan setiap pemain beraksi cukup baik selain sikap percaya kepada kemampuan sendiri dan pasukan membawa kami hingga ke final. Semangat juang dan disiplin tinggi merupakan perkara yang cukup positif.

“Walaupun kami tidak dapat mengekalkan kejuaraan, namun melangkah ke Piala Dunia buat kali pertama merupakan sesuatu yang cukup bermakna. Syabas dan tahniah buat setiap pemain atas usaha mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menyatakan harapan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) akan memberikan fokus yang lebih kepada skuad hoki dalam dewan selepas beberapa kejayaan dilakar mereka sejak kebelakangan tahun ini.

Beliau berpendapat ia akan membantu mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik khususnya menghadapi Piala Dunia 2025 selain pembangunan sukan hoki dalam dewan itu sendiri.

“Harapan kami selepas ini agar KBS serta MSN akan memberikan fokus yang lebih kepada hoki dalam dewan kerana kami percaya dengan bantuan secukupnya kepada pasukan, kami pasti dapat mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik bagi menghadapi Piala Dunia 2025.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam persiapan pasukan lelaki serta wanita dalam dewan Malaysia ke Piala Asia 2024,” tambah beliau.

Selain Malaysia dan Iran, tujuh pasukan telah melayakkan diri ke Piala Dunia iaitu Croatia, Austria, Jerman, Poland, Belgium, Argentina serta Trinidad and Tobago.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN