fbpx

Pengganti Mutang Tagal akan dibincang di Sarawak esok – PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Mutang Tagal.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memaklumkan calon Yang Dipertua Dewan Negara akan ditentukan selepas pertemuan bersama pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) diadakan esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan ke Sarawak esok dan akan menemui pimpinan parti dan Kerajaan Sarawak.

“Dua (Yang Dipertua Dewan Negara) terhenti (tugas) sebelum tamat tempoh (perkhidmatan).

“Saya akan bincang. Esok saya akan ke Sarawak… insya-Allah,” katanya selepas merasmikan Pameran Era Pasca Normal Madani di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Anwar ketika melawat beberapa galeri pada Pameran Era Pasca Normal Madani di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian penyandangnya, Datuk Mutang Tagal, baru-baru ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur,

Sebelum Mutang, jawatan itu disandang oleh wakil Sarawak iaitu Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi melepaskan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI