fbpx

40 peratus campuran tenaga boleh diperbaharui dalam bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH (tengah) diberi penerangan mengenai biojisim yang dihasilkan dalam bentuk pallet dari kayu dan pelepah tandan kelapa sawit sempena Majlis Pelancaran Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim Malakoff Corporation Berhad di Kompleks Tanjung Bin, Pontian hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PONTIAN – Kerajaan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 40 peratus di dalam campuran bahan api negara menjelang tahun 2035.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu dijangka dapat mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida (CO2) sebanyak 10 juta tan, setahun.

Menurut beliau, Kementerian Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air (Petra) juga mahu meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui dalam campuran bahan api sehingga 100 peratus pada tahun 2050.

“Usaha ini penting bagi memastikan kelestarian alam terus terpelihara untuk generasi masa depan. Inisiatif ini menyokong saranan kerajaan untuk menggunakan biojisim dan biogas dalam penghasilan tenaga sebanyak 1.4 gigawatt pada tahun 2050.

“Sektor tenaga negara mewakili 29 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta menggajikan suku daripada tenaga kerja dalam negara. Oleh itu, perubahan dalam sistem tenaga bukan sahaja memberi kesan kepada pendapatan dan pembangunan ekonomi, tetapi juga kepada kehidupan rakyat yang bergantung kepada tenaga mampu milik dan berdaya harap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim Malakoff Corporation Berhad di Loji Janakuasa Tanjung Bin, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI