fbpx

Perkasa industri landskap jadi sumber ekonomi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian sambutan HLN 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Pelan strategik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan hala tuju dan fokus bagi memperkasakan industri landskap sebagai sumber ekonomi baharu di negara ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, Jabatan Landskap Negara (JLN) sedang memperkemaskan sistem jaringan, mendaya upaya potensi ekonomi industri itu selain melindungi aset serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan landskap.

Jelas beliau, ia selari titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya kerajaan proaktif melaksanakan agenda pembaharuan bagi memperkukuh daya saing negara dengan ekonomi mampan dan keperluan semasa.

“Industri landskap semakin menunjukkan impak positif kepada nilai ekonomi negara dan melengkapi keperluan perancangan pembangunan mampan selain memulihara persekitaran kehidupan inklusif terutama di kawasan perbandaran.

“Berdasarkan Jabatan Perangkaan, industri landskap kini bernilai hampir RM30 billion dan menyumbang dua peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian sambutan itu dengan diiringi anakanda baginda, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Pada majlis itu, KPKT turut mempersembahkan Laman Diraja dengan konsep ‘Dirgahayu Naungan Tuanku’ yang menerapkan gabungan elemen seni bina Melayu dengan nuansa Inggeris.

Selain itu, satu spesies orkid hibrid baharu yang didaftarkan dengan Penguat Kuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England turut dinamakan sebagai ‘Aranda Ibrahim Iskandar’ bersempena dengan nama Sultan Ibrahim. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI