fbpx

Empat budak Melayu, Cina, India kongsi nasi lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persahabatan antara empat orang kanak-kanak yang masing-masing berbangsa Melayu, Cina dan India.

PETALING JAYA – Empat kanak-kanak dengan dua daripadanya berbangsa Melayu masing-masing seorang India dan Cina, berkongsi nasi lemak ketika sarapan pagi di sebuah restoran menarik perhatian orang ramai.

Momen itu dikongsikan di laman Facebook @Nor Huda Haji Tarseh, yang turut sama terharu menyaksikan persahabatan berbilang kaum antara mereka, yang sukar untuk didapati pada generasi masa kini.

“Dua budak Melayu, satu budak India, satu budak Cina berkongsi makan dua bungkus nasi lemak. Uncle tertarik dengan keikhlasan dan perpaduan mereka. Akhirnya semua uncle belanja makan,” katanya.

Keikhlasan kanak-kanak tersebut dalam persahabatan turut menyentuh hati rakyat Malaysia yang merindui perpaduan berbilang kaum yang utuh ketika dahulu kala.

“Wah, seronoknya melihat mereka bersama. Ia benar-benar menyentuh isi hati saya. Adegan seperti ini sangat jarang berlaku pada masa kini. Kita perlu tunjukkan lebih banyak lagi persahabatan seperti ini. Inilah yang dipanggil Satu Malaysia,” kata Mariammah Ram Sam.

“Anak muda yang berfikiran terbuka, syabas kerana memberi contoh yang baik. Biarkan mereka yang berfikiran ekstrem untuk belajar dari mereka,” kata Yau Sin Liong.

“Dulu macam ni biasa tapi kalau sekarang masih ada macam ni, luar biasa, best kan bila tengok anak-anak kita tak kira kaum duduk lepak semeja,” kata Faizul Zin.

“Pemandangan ini biasa pada tahun 80-an, kami minum dan berbual di kedai kopi selepas perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan Melayu dan India. Sayangnya sukar untuk kita lihat lagi masa kini,” kata Andrew Lee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI