fbpx

Doakan kejayaan Speedy Tigers di Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara berlepas ke Poland kelmarin menghadapi saingan Piala Negara-Negara FIH bermula 31 Mei ini. - MHC

BINTANG skuad hoki negara, Mohd. Fitri Saari mengakui segala kelemahan pada Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini telah diperbaiki menjelang saingan Piala Negara-Negara FIH 2024 di Gniezno, Poland bermula 31 Mei ini.

Jeneral tengah berusia 31 tahun itu menyedari kejohanan tersebut akan memberi cabaran sukar kepada mereka selepas diundi dalam Kumpulan B bersama Perancis, Pakistan dan Kanada.

“Secara keseluruhan pasukan berada dalam keadaan positif dan bersedia untuk bermain di kejohanan itu. Saya juga harap segala apa yang telah dilakukan dalam sesi latihan dapat membuahkan hasil di Poland nanti.

“Saya harap di Poland, kita dapat meningkatkan peratusan untuk menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti dan memanfaatkan setiap peluang yang ada dengan menghasilkan gol,” katanya.

Fitri turut menjelaskan bahawa sasaran pasukan kali ini adalah mengakhiri kempen dalam kelompok empat terbaik, seperti dilakukan mereka ketika menamatkan penganjuran edisi pertama kejohanan itu di Potchefstroom, Afrika Selatan dua tahun lalu.

“Perancis pasukan yang membuat persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris, Pakistan juga bukan lawan yang mudah, apa pun kami akan cuba beri yang terbaik di sana nanti.

“Saya harap semua peminat-peminat di Malaysia dapat mendoakan kejayaan kami di sana nanti,” jelasnya..

Bagi edisi kali ini, skuad negara turut menampilkan tujuh pemain baharu selain lima daripada mereka akan meraih kaps antarabangsa pertama sekiranya diturunkan di Poland nanti.

Lima pemain itu ialah Syawal Abd. Razak, Muhammad Arif Syafie Ishak, Muhamad Kamarulzaman Kamaruddin, Naaveennash Panicker Thevendran dan Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI