fbpx

Aaisyah anak Che Ta ‘pakar gosip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaisyah Dhia Rana sentiasa mengikuti perkembangan semasa meskipun baru berusia 10 tahun.

KECIL-KECIL cili padi, itulah itu cukup menggambarkan si cilik popular, Aaisyah Dhia Rana.

Masakan tidak, baru berusia 10 tahun, Aaisyah bukan sahaja mengikuti perkembangan industri seni tempatan malah gosip selebriti luar negara pun tetap ‘up to date’.

Perkara itu dikongsi ibunya, Rozita Che Wan dalam sebuah video TikTok dengan bertanya mengenai gosip terbaharu kepada anak perempuan tunggalnya.

“Inilah netizen dalam rumah saya. Seminggu sekali dapat telefon pun dia boleh ‘recap’ seminggu punya gosip,” katanya.

Dalam video tersebut, Aaisyah dilihat mengetahui tentang cerita Hailey Bieber disahkan hamil dan dakwaan perceraian Jennifer Lopez dengan Ben Affleck.

Video tersebut meraih lebih 1.5 juta tontonan, selain dibanjiri komen terhibur melihat gelagat Aaisyah yang disifatkan sebagai sangat matang sebelum usia. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI