fbpx

Penyerang Balai Polis Ulu Tiram belajar setakat darjah 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Ulu Tiram.

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda yang ditembak mati selepas menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada minggu lalu mendapat pendidikan formal setakat darjah empat sahaja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 21 tahun itu dan keluarganya juga tidak bercampur dengan orang termasuk penduduk setempat.

“Apa yang disebut saya sebelum ini disyaki bapanya JI (Jemaah Islamiah) adalah betul. Bila kita panggil saksi, kita mendapati keluarga ini memang tidak bercampur dengan orang dan anaknya juga tidak bersekolah.

“Anak perempuan tidak bersekolah, suspek yang mati ditembak hanya belajar setakat dajah empat, abangnya sampai tingkatan lima, kakaknya pula darjah enam,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ  di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga menyebabkan dua anggota berpangkat konstabel maut akibat ditetak dengan parang selain ditembak.

Dalam kejadian itu, seorang lagi anggota berpangkat koperal cedera akibat terkena tembakan ketika cuba membantu rakan setugasnya.

Suspek yang berusia 21 turut ditembak mati di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI