fbpx

Polis tidak pernah keluar kenyataan Faisal Halim naik Vellfire – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin.

PETALING JAYA – Laporan mendakwa kenderaan dinaiki pemain Selangor FC, Faisal Halim dalam kejadian serangan pada 5 Mei lalu adalah Toyota Vellfire tidak benar.

Sebaliknya, laporan yang tular itu tidak mendapat pengesahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu pihak yang bertangungjawab melakukan siaatan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sebelum ini memaklumkan kejadian itu berlaku ketika Faisal sedang berjalan menuju ke kenderaannya.

“Kita sama sekali tidak pernah keluarkan kenyataan kenderaan yang digunakan adalah Toyota Vellfire, sama ada daripada (mulut) saya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain) atau Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan).

“Yang didedahkan sebelum ini, Faisal sedang berjalan ke arah keretanya dan suspek dipercayai menunggang motosikal.

“Jadi, tidak timbul isu bercanggah tentang laporan dikeluarkan oleh polis. Ia dilaporkan media, tidak tahu sumber mereka daripada mana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Justeru, Razarudin mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut.

“Sumber yang sah hanya daripada polis, jadi apa-apa maklumat kami akan kongsi,” ujarnya.

Semalam, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian simbahan asid membabitkan Faisal yang diserang seorang lelaki bertopi di sebuah pusat beli-belah di sini.

Lelaki itu dilihat meluru ke arah Faisal lalu menyimbah cecair daripada botol dipegangnya sebanyak beberapa kali.

Kejadian itu juga disaksikan beberapa individu termasuk wanita dipercayai isteri Faisal.

Ketika kejadian, turut kelihatan seorang lelaki bermotosikal yang menunggu suspek berhampiran kenderaan Faisal jenis BMW.

Susulan itu, polis membuka siasatan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman CCTV untuk tindakan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenderaan yang digunakan Faisal sebelum ini ekoran terdapat laporan mendakwa jenis Toyota Vellfire.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI