fbpx

8 barang disenarai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika sidang media sempena Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2024 serta Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaiduan, hari ini. -Foto IVAN AMIRUL

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyenaraikan sebanyak lapan jenis barangan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, tahun ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, SHMMP Pesta Kaamatan bakal berkuatkuasa pada 27 Mei sehingga 2 Jun.

“Antara barangan yang disenaraikan dalam adalah kepak ayam, daging kerbau import (India), bawang merah kecil (India), bawang putih (China), cili kering keriting, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak) serta babi hidup (peringkat ladang sahaja).

“Sama seperti Pesta Kaamatan, SHMMP Hari Gawai juga membabitkan lapan barangan keperluan pengguna seperti ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih (China), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), cili kering keriting, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak) dan babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang sahaja).

“SHMMP Hari Gawai akan bermula berkuat kuasa pada 29 Mei sehingga 4 Jun 2024.

“Semua SHMMP melibatkan tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan,” katanya ketika ditemui media sempena Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2024 serta Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaiduan, hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan menyatakan pelaksaan SHMMP Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi membolehkan penentuan harga dibuat.

Menurut beliau, harga maksimum yang telah ditetapkan untuk kedua-dua skim di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman sesawang KPDN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI