fbpx

Syahrini sahkan hamil 7 bulan, Fazura, Siti ucap tahniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHRINI berkongsi momen indah kehamilan pertamanya kini yang sudah mencecah usia tujuh bulan.

SELEPAS hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi popular Indonesia, Syahrini mengumumkan khabar bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut sekali gus nenjawab semua khabar angin tentang dakwaan Syahrini atau nama penuhnya Rini Fatimah Zaelani, 44, hamil sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, dia memuat naik foto bersama suami iaitu Reino Barack yang sedang memegang dan mencium perutnya yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan.

“Bismillahirrahmannirrahim, kami mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan kini sudah menjadi kenyataan,” katanya.

 

MOMEN bahagia Syahrini dan suami meraikan tempoh penantian bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Penyanyi Sesuatu itu juga turut meletakkan tanda pagar #7monthspregnant (tujuh bulan usia kehamilan) sekali gus memberitahu usia kandungannya sudah memasuki trimester ketiga.

Syahrini bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai jantina bayinya yang merupakan antara menjadi tanda tanya ramai ketika ini.

Perkongsian tersebut seterusnya dihujani dengan ucapan tahniah daripada selebriti Indonesia dan Malaysia serta netizen.

“Tahniah kepada anda berdua,” ucap pelakon, Fazura.

“Alhamdulillah, masya-Allah, tabarakaAllah tumpang gembira,” komen penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, khabar angin Syahrini didakwa hamil anak pertama bertiup kencang selepas beberapa foto yang menampakkan ‘baby bump’ tular dalam media sosial.

Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun sebelum mengambil keputusan untuk berehat daripada kerjaya seninya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI