fbpx

Perdana Menteri tak sabar jumpa skuad sepak takraw negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara meraikan kejayaan mereka sejurus menewaskan Thailand dalam acara double dan regu di Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa semalam. - AMIR KHALID

SHAH ALAM – Pengumuman insentif kepada skuad sepak takraw negara rentetan kejayaan bergelar juara dunia acara double dan regu akan diumumkan kerajaan sebaik perlawanan akhir berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Ahad ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau tidak mahu membuat pengumuman dibuat awal kerana mahu para pemain terus fokus dalam acara berpasukan yang bermula hari ini.

“Saya sendiri turun ke Stadium Titiwangsa bagi menyaksikan sendiri kedua-dua perlawanan akhir yang melibatkan pasukan Malaysia dan sambutan daripada rakyat Malaysia untuk menonton perlawanan semalam sangat membanggakan.

“Apa yang boleh dikatakan, saya amat bangga dengan pencapaian dua pasukan negara, lebih-lebih lagi pasukan regu, yang mana ini kali pertama kita menjadi juara dunia,” katanya selepas menghadiri Hari Sukan Sekolah Kebangsaan (SK) USJ 12 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, di sini, hari ini.

PEMAIN negara meraikan kejayaan manis selepas ‘melibas’ Thailand pada aksi final regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa malam semalam. – AMIR KHALID

Hannah juga memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat ingin berjumpa dengan skuad negara setelah beliau selesai dengan lawatan kerjanya di beberapa buah negara.

“Ini menunjukkan Perdana Menteri ambil tahu dengan perkembangan sukan tanah air walaupun beliau sibuk dengan urusan negara di luar negara,” ujarnya.

Hannah berharap rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan kepada skuad negara supaya terus mengekalkan momentum positif dengan harapan dapat menyapu bersih kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI